Monday, 18 July 2016

Eczema : Antara Steroid atau Buds?

Assalammualaikum WBT

Dalam beberapa hari yg lepas, bila scroll Facebook newsfeed, ternampak 1 post kawan yg baru melahirkan pasal baby dia. Mata dok tengok dia post gambar Calamine Lotion and hati tergerak nak baca status dia yg panjang berjela. Bila baca2 balik, dia cerita pasal anak dia yg tumbuh ruam dekat badan, pelipat etc. Dan yg palin gmenarik perhatian adalah bila dia cakap ruam jugak di kelopak mata. Allahu! Dalam hati dah cakap awal2 yg itu adalah tanda eczema. Sebab apa yg anak dia alami dulu sama macam yg Aqil alami. 

Rasanya sy tak pernah cerita perihal secara details pasal awal2 hari Aqil didetect dengan eczema kan. Benda tu benda segar dalam ingatan sampai sekarang. Dan sy nukilan kan dalam post ni untuk bacaan semua. 
Ni gambar yg sy ambil waktu Aqil dalam pantang. Gambar ni sy upload dekat FB dan antara soalan pertama yg sy dapat adalah " Kenapa dengan muka Aqil yg merah2 tu?" dan mula lah berderet bg nasihat i,e sapu tepung ubi la, minyak itu la, krim ini lah etc. Masa ni kan bukan nak cakap apa lah. Kita ni jadik new mom memang semua tak tahu. Dulu masa preggy, kita tak pernah fikir pun pasal anak ada problem kulit segala. Kita fikir semuanya indah. Kita ada anak yg comel segala tapi secara hakikatnya banyak lagi perkara yg kita perlu fikirkan. 

Masa ada ruam awal2 dulu, sy memang tak ada tempat rujukan. Ibu pun tak berapa nak tahu sangat. Google je la alternatifnya. Sy masih ingat, krim pertama yg sy tenyeh dekat Aqil adalah calamine. Cakap je krim apa yg sy tak ada. Pantang baca, dan2 tu jugak suruh hubby belikan lepas dia balik kerja. Operasi menenyeh pulak tak payah cakap. Lepas sy mandikan Aqil, sy dukung dia and ralit pulak tu sy sapu dekat semua ruam dia yg ada dekat muka especially. Esoknya? Surut ruam, tapi lepas tu ada lagi. Sy jadik pening dengan semua ni. 

Secara kebetulan dalam bulan berapa tah, sy bawak Aqil pergi KK untuk check up. (Boleh tak lepas ni tak nak pergi KK yg lama nak tunggu tu?). Nurse telek kulit Aqil. Katanya eczema. Time ni punya lah risau bila nurse cakap macam tu. Eczema? Apa tu? Tengok punya lah tak tahu kan. Nurse bagi 1 krim. Bila balik dan sapu dekat kulit Aqil, jadi lagi teruk kulit Aqil. So sy stop la and continue la dengan apa2 krim yg bukan2 je. Iskh! Kalau ikutkan, if kumpul balik boleh jual balik semua krim tu. huhuhu..even ada krim yg still tak bukak lagi dari beli dulu.
Lepas kes krim klinik tak jalan tu kan, sy start la search klinik pakar kanak2 yg recommended. Sy nak p jumpa PAED sana nak seek advice. Pastu jumpa la 1 klinik yg dekat dengan rumah. Tau tak apa Doc tu cakap bila tengok kulit Aqil? "Kulit anak awk ni da mcm kulit org tua, kenapa baru nak bawak sekarang? Lain kali kalau ada masalah cepat2 bawak jumpa Doc" sy ingat lagi Doc Hasmawati tu marah sy. So Doc bekalkan la krim antifungal segala dan losen pelembab. Krim dekat atas ni antara yg Doc bagi. So sapu dekat Aqil ok ke? Ok...sangat ok. Kulit Aqil jadik baik. Pelipat Aqil dah tak melepuh dan berair. Lebih kurang 2 bulan jugak lah sy gunakan krim steroid yg Doc bagi ni untuk pulihkan Aqil.

Tapi kan, dalam sy menenyeh2 kulit Aqil tu, sy tak duduk diam. Ye..hubby sy selalu kadang2 cakap sy ni selalu dan suka terpengaruh dengan ilmu Google. Sebab? Sikit2 sy jadikan Google as panduan dan mencari jawapan. Tapi biarlah. Dalam FB sy jumpa 1 page - Eczema Malaysia. Dalam page ni sy banyakkkkkkk belajar pasal apa itu eczema, apa yg perlu avoid dan apa yg perlu kita pakai dekat baby. Apa penjagaan yg kita as a BF mommy buat, makan dan pantang etc. 
Masa tengah2 scroll tu ramaiiiii la yg cakap eczema kena avoid steroid krim. Terus sy pandang krim yg sy tenyeh dekat Aqil. Sy baca ingredient dia satu2. Memanglah dah sah2 ada steroid kan. Dah bila sy dah betul2 study, 1 hari sy cakap dengan hubby yg sy nak stop guna steroid krim dekat Aqil and start pakai kan dan depends dekat organic krim je. TAPI!!! Satu benda yg sy kena bersiap sedia adalah --------------------------- Kena kuat untuk tengok dan melalui proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TWS). Sy nekad! Tekad!

So selama 6 bulan la sy kerap berjaga malam semata2 untuk sapu air bisa yg keluar dekat kulit pipi, pelipat Aqil etc. Selama 6 bulan lah air mata ni tak payah cakap la berapa gelen keluar. Sedih sangat. Tak suka nak ingat balik kenangan yg dulu2. Mittens Aqil penuh dengan kesan2 luka dan air bisa dia. Sedih nya Allah! Selama tempoh 6 bulan ni la sy memang bergantung dekat 3 benda. Moogoo, BUDS & Mebo. Mandian pulak sy mandikan dengan Roiboos Tea. Bila mandi air ni, lagi mengenyam jadiknya kulit Aqil.
Sy gagahkan diri untuk beli organic krim ni untuk Aqil walaupun tak tahu mana yg sesuai untuk Aqil. So dah beli Moogoo and Buds ni, bermulalah operasi untuk patch test dekat kulit Aqil. Mana yg serasi dan sesuai. Selama 6 bulan tu sy sapukan Buds je dekat Aqil. Antara Super Soothing Rescue Lotion (SSRL) & Save our Skin Lotion, lama2 Aqil rasi dengan Save Our Skin Lotion. Makin pulih kulit muka dia yg berair. Dalam masa bertarung dengan eczema Aqil ni, sy kenal dengan ramai orang. Sy jumpa sorang kawan yg dah lama suggest kan sy pergi dekat Klinik Farhat. Klinik pakar kulit. Memang masa kawan sy suggestkan tu, sy buat tak tahu sgt sebab tak berapa confident dengan ubat2 yg Doc bg. Tapi entah macam mana, tiba2 sy terdetik untuk cuba. Itu pun lepas dah last tawakal. Time jumpa Doc ni, kulit Aqil dah makin baik sebab pakai Buds. Tapi Doc still bekalkan apa yg sepatutnya untuk Aqil pakai. 

Sekarang ni, Aqil dah 1 tahun 5 bulan...masih struggle untuk fight dengan eczema. Tapi alhamdulilah kulit memang dah baik. Harap berterusan. Baru je sebulan try mandian Buds dekat Aqil sebab tak nak bergantung harap dekat ubat Klinik Farhat yg semenangnya mahal..huhu. Alhamdulilah nampaknya Buds memang serasi dengan kulit Aqil berbanding dengan Moogoo. So Moogoo yg tersadai dekat rumah tu tah sape lah nak pakai..huhuhu. Dan kalau tahu mandian Buds tu sangat ok, dah lama pakai kan dekat Aqil dulu buat mandi..huhu. 

Apa2 pun kan sy tahu dah apa nak buat kalau eczema melanda. Apa krim yg boleh pakai, apa krim yg tak boleh pakai. Dugaan yg melanda memang sangat memeritkan tapi Alhamdulilah semakin bersedia untuk mengharungi apa2 dugaan lepas ni. Insha Allah

3 comments:

  1. Luni pon mcm tu. Even kulit da pulih. Tp still kalo pegi rumah org yg karpetnye tak terjaga tak ber vakum mcm tu. Automatik blk merah naik muke. Tp byk elok dr dlu. Ly da berhenti beli buds sbb luni mandi pakai baby jonson yg hypo allergy. Tp still basuh baju dia guna detergen yg hypo allergy juga. Sbb try wangi2 sket muke merah gak. Alhamdulillah...syukur semakin pulih

    ReplyDelete
  2. Nak tanya satu aja. Anak ada cucuk bulan2 tu tak?

    Anak sulung saya cam gitula. Air bisa keluar n meraung malam2 sebab tergaru luka. Tak tau kenapa jadi macam tu sebab kita fully bf dia.

    Anak kedua saya test untuk takmau amik sebarang vaksin pun walau dikecam teruk sebab saya oerasan anak sulubg dulu lepas dicucuk memang teruk masya allah kat pelipat2 dia. Doc kata ini genetik mana mungkin genetik sebab family saya takda sejarah sakit kulit pun.

    Anak kedua saya kuat dan tenang utk refuse vaksin. Allahuakbar dia lahir elok, takda sakit kuning, takda eczema bahkan susahhhhh nak demam sangat brbanding abang dia.

    Walau org kata vaksin mencegah penyakit etc saya dah tak oercaya dah sebab anak lahir dengan elok licin macam mana pulak lepas disuntik segala racun yg kita taktau sampai anak demam.meragam.n eczema teruk. Sungguh saya serik dengan vaksin.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sharing puan. Saya sedia bantu puan jika puan berminat. Customer saya anak eczema, dalam 9 hari kulit eczema semakin pulih. Saya bukan semata mata nak menjual tapi saya nak bantu agar anak puan pulih dari eczema. Puan boleh whatsapp ke 019-3444331 ya puan. Jika puan tidak mendapat kesannya dalam 30 hari money guarantee. Saya tunggu puan ya. Tak sabar nak bantu puan.

    ReplyDelete