Tuesday, 4 August 2015

Eczema dan Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz

Macam mana boleh baik? Semua dengan izin Allah SWT. Syukur. 

Sy mempunyai kawan yg kebetulan anak nya juga ada masalah eczema macam Aqil.  Kalau nak cerita kitorang memang share sikit banyak keadaan anak masing-masing. Mummy Ly Han memang dah beritahu sy lama dan suggest utk sy cuba klinik Dr Farhat ni, tapi masa tu sy masih ignore dan tak ambil pot sampai la satu masa Allah SWT gerak kan hati sy untuk cuba jumpa Dr Farhat. Sebab ignore? Sy selalu di momok kan pasal Dr mesti bagi steroid krim kalau jumpa diorang. So sy takut + risau. Alhamdulilah juga Allah swt temu kan sy dengan Mummy Ly Han. 
On the way ke Klinik Kulit Dr Farhat. Nampak kan kulit pipi Aqil yg kemerah-merahan tu. Iktihar ayah dan mama untuk pulihkan Aqil. 

Lokasi klinik Dr Farhat? 
- The Strand, 31-G, Jalan PJU 5/20a, Kota Damansara, Petaling Jaya -
Sy dan husband datang satu minggu lepas raya. Buat appointment dulu through phone. Sebab kata nya klinik ni ramai patient. So cop siap2 slot masing-masing. Susah tak nak cari tempat dia? Pakai waze je. hihi. Klinik ni sederet dengan Butik Ariani. Tu lah landmark dia. Bila sampai je klinik ni, tak ada orang pun. ehehe. Kata Dr sebab tak ramai yg tahu klinik buka awal. 
So bila orang pun tak ramai waiting time pun tak lama. Alhamdulilah dipermudahkan. Bila masuk je bilik Dr, ingatkan Dr Farhat tu lelaki. Rupanya perempuan, hihi. Tau soalan pertama yg Dr tanya? "Siapa yg ada asthma?" ermmmm ni soalan glamor untuk eczema. 
Dr Farhat pun terus brief apa yg patut sy avoid since breastfeed Aqil. Meh sy list kan ye. Moh kongsi sesama.

- Buah-buahan masam. Even mangga yg kita makan tu manis tapi dia berasal dari kategori masam. So avoid -
- Boleh makan semua jenis sayur kecuali terung. Tak tahu kenapa -
- Avoid seafood. Makan ikan laut dalam + salmon -
- Avoid habuk, mainan berbulu, kucing -
- Semua jenis kekacang - 
- Paling penting avoid orang yg ada kayap! Sebab eczema sufferer akan suffer dengan lebih teruk if kena kayap -
- Make sure avoid peninsilin antibiotik sebab eczema sufferer alah pada antibiotik jenis ni -

Lagi satu Dr Farhat cakap Aqil ni jenis Atopic Eczema. Biasa nya penghidap Atopic Eczema ni orang nya high intelligence. Aktif. Nak pegang sana, nak capai sini. Cuma ada masalah skin je. Kebetulan masa Doc cakap macam ni, Aqil ni memang nak mencapai benda je. Aqil siap borak dengan Dr Farhat lagi. hihi. Entah apa yg dia mengadu. hihi
So apa ubat yg sy dapat? Sabun mandi, krim dan liquid untuk bilasan terakhir masa mandi Aqil. 
Dapat jugak ubat untuk Aqil makan. 
Sy tanya Dr Farhat apa kandungan dalam krim yg dia bagi? Ada steroid atau tak?
Jawapan dia adalah NO. Krim tu setakat bertindak sebagai pelembab dari minyak ostrik (*tak tahu la ejaan dia macam mana)
Muka Aqil lepas seminggu. Ada perubahan kan. Alhamdulilah. Paling penting sekali Aqil dah pandai tidur tanpa di bedung. Waktu ni appointment kali kedua untuk jumpa Dr Farhat. 
Masa tunggu turn sempat lagi tidur. ihihi. Aqil tak perlu dah jumpa Dr Farhat. Dr suruh stop makan ubat dan hanya pakai sabun mandi dan krim je. Itu pun hanya untuk affected area. 
Last .. sy beli Prebiotik + Probiotik dari Dr Farhat untuk up kan imun badan Aqil. Ada lah dalam setengah botol dalam bentuk serbuk. Bagi sekali sehari setengah sudu sahaja. Ada sudu dia. Harga dia RM210.

Ooohh ye, berapa RM kos jumpa Dr? 
1st jumpa - RM360 sekali consultation dan ubat2. 
2nd jumpa - RM380 untuk 2 krim dan probiotik dan consultation

Kenapa mahal?? Sebab krim dan sabun yg Dr Farhat bekal kan ni adalah dari RAW INGREDIENT. Senang cerita dari organic product. 
HAPPY ME!!!! 

(Alhamdulilah Ya Allah. Moga kulit Aqil pulih sepenuhnya. Sesungguhnya sangat lah lelah aku menghadap tangis anak ku Aqil. Hanya pada Mu aku bergantung harap. AMIN)

10 comments:

  1. aqlhamdulillah...
    memang tak sabar nak kan anak kawan2 juga turut sembuh sepenuhnye dr baby eczema ni. Kejiranan tgk luni skrg pon pelik2 mcm mane kulit luni da licin. Semuanye Allah izinkan. Dgn kehendak Allah. ly pon dipertemukan dgn sorg kakak ni anak dia eczema. Pelik sbb dia kate 2minggu je anak dia muke da licin. Tgk memang licin kulit anak dia. Sygnye tak ambil no tepon kakak tu. Semoga Allah membalas kebaikan kakak tu.

    ReplyDelete
  2. AlhamduLILLAH... dah tahu apa yang boleh trigger ekzema dia senang kita nak control.. semoga Aqil akan terus sihat :))

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. yeayy!! kulit Aqil dah cantik..
    Info yang sangat berguna..
    Teruskan menulis..

    ReplyDelete
  4. hai zira. sy yang ada whatspp awak tu. sy baru start nak study dr blog awak ni.. :DD

    ReplyDelete
  5. hai zira. sy yang ada whatspp awak tu. sy baru start nak study dr blog awak ni.. :DD

    ReplyDelete
  6. Quputeh pun kalah ni ye akil.

    ReplyDelete
  7. Halo,can i ask for dr.farhat complete address ? I'm from Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..

      31-G,Jalan PJU 5/20A
      The Strand Kota Damansara
      47810 Petaling Jaya

      Delete
    2. hi..

      31-G,Jalan PJU 5/20A
      The Strand Kota Damansara
      47810 Petaling Jaya

      Delete
  8. salam sis, just nak tanyaa, eczema bby dah pulih ke? atau still on off? ank saya 3 bulan, n kami pon bawak dia pergi klinik ni jugak . . so far mmg nmpak perubahan, tp lately ni naik balik even dah pantang abis2 an. . normal ke ye on off tu? n smpi bila actually? tak sggup tgk dia cmtu :(

    ReplyDelete