Monday, 19 January 2015

Pusat Perubatan Naluri vs HUKM

PAHITNYA PENGALAMAN CHECK UP 40 MINGGU

Tajuk entri? Memang sengaja saya lawan kan di antara 2 tempat di atas. Sebab? Untuk sy cerita kan pengalaman yg tak semua orang nak rasa pun sepanjang kehamilan mereka. 

Cerita sy bukan lah cerita gempak yg semua orang nak baca tapi sy rasa terpanggil nak share kekesalan di hati. Semua wanita yg preggy memang kalau boleh nak layanan 1st class kan? Kalau boleh nak service yg bagus dan begitu juga la sy. Tapi .. bila sy mengalami apa yg sy alami ketika check up 40 minggu membuatkan mata sy lebih terbuka. Dan benarlah swasta itu memang lebih mementingkan keuntungan daripada menjaga hati, perasaan dan keselamatan. 

Kenapa? 

PUSAT PERUBATAN NALURI
14.01.2015
Sy buat monthly check up disini seminggu sebelum EDD. Menjalani prosedur biasa. Urine+tekanan darah+seluk+scan. Sy biasa dengan Doc ni memandangkan sejak 37 minggu yg dulu, dengan dia lah sy buat segala pemeriksaan. Dan tiba-tiba "air ketuban awk dah kurang ni. Awak nak kena induce samada hari ni atau esok. Kita takut jadi apa2 pada baby" ... Bayangkan apa perasaan sy? Hepi? Nervous? Sy hanya mampu cakap "serious??" ... Waktu tu sy berbelah bahagi. Yup memang nampak air ketuban kurang masa scan tapi kurang dlm masa yg amat singkat itu dah menimbulkan tanda tanya di hati sy. 

Alhamdulilah..sy masih dapat berfikir secara waras. Sy cakap pada dia, sy akan dapatkan 2nd opinion dari Doctor di HUKM. Nasib baik dia ok. Dia tak mendesak sy. Tapi, sy masih perlu terangkan pada staff nurse yg lain apa yg terjadi memandangkan mereka asyik bertanya bila nak masuk wad untuk di induce. Memang kebiasaan ye, kalau kita buat check up mereka semua akan fikir kita akan bersalin kat situ? Macam kita tak ada hak pula nak membuat pilihan kan? 

HUKM
14.01.2015
Sy lari ke HUKM pada hari yg sama. Balik rumah ambil beg segala dan makan. Kunun2 macam hari tu confirm akan kena tahan wad. Kunun..nervous pny pasal kan. Biasalah...masa menunggu lebih lama. Plus case sy bukan lah serius mana compared dengan yg dah pecah air ketuban, bloody show, rahim terbuka even baru 5 bulan etc. So nak tak nak tunggu la even makan masa berjam juga di wad emergency tu. 

Tiba turn sy, Doc lelaki datang dan tanya "apa yg Doc tu cuba takut2 kan awak ni?"sambil tekan2 perut. "Sy pergi check up di private, Doc kata air ketuban sy dah kurang dan suruh sy induce" Masa Doc tekan2 perut, Doc tny "awk tahu apa ni?" Of course la sy tak tahu kan...itu la air ketuban. Masih banyak. Doc scan dan mula la mengira tahap air ketuban. Dan masa scan, Doc scan air ketuban di setiap bahagian dan penjuru perut. Dari kanan perut beralih ke kiri, dari bahagian atas perut beralih ke bawah pula. Total air ketuban adalah 10. Masih normal kalau melebihi 8 dan ke atas. Ermm...bila sy ingat balik scan di Naluri, Doc hanya scan di bahagian kanan perut sahaja. No wonder kalau dia nampak air ketuban sy kurang. So apa keputusan Doc? Nothing to worry. Sy pun balik rumah. 

PUSAT PERUBATAN NALURI
19.01.2015
Sy datang check up pada EDD sy. Tapi baby still tak keluar lagi. Kali ni, sy check up dengan Doc yg berbeza. Doc di HUKM advise supaya sy buat check up waktu EDD just to make sure baby dalam keadaan yg sihat. So that is why sy berada di sini. Memandangkan Doc ni tak pernah ambil kes sy, sikit2 sy terpaksa terangkan kronologi. Prosedur masih macam biasa dari urine test hingga scan. Dan sampai satu tahap dia tanya "bersalin di mana?" Sy jawab di HUKM. "Sy buat monthly check up hanya untuk pasti kan baby ok. Dan kalau2 nanti emergency, sy boleh buat keputusan bersalin di sini".. 

Bermula la sikap dingin dan segala nya... Setiap ayat yg dia sebut mesti quoted HUKM HUKM HUKM dan HUKM. Bila sampai satu masa utk buat CTG, dia masih sempat recommended pada sy utk terus ke HUKM hanya semata2 nak buat CTG. Doc ingat sy akan bazirkan masa menunggu hanya utk CTG even sy boleh buat di Naluri? So sy insist nak buat CTG di sini. Lagipun sy tak nampak sebarang masalah pun untuk buat di sini kerana sy menggunakan GL. Dan even kalau sy bayar sekalipun, sy tak guna duit Doc pun. Sy bayar untuk setiap service. 

Bacaan jantung baby ok. Baby aktif. Dan bila sekali lagi sy jumpa Doc ni, sy request secara humble untuk minta dia produce kan MC seminggu untuk sy. Normal kan kalau Doc bg MC sebelum due? Sy siap bagi sebab yg sy menaiki LRT untuk pergi kerja dan memandangkan sy dah 40 weeks, sy rasa kan risky utk sy berjalan2 waktu macam ni seorang diri. 

Tapi tahu apa jawapan Doc?

"Kita tak boleh la nak bagi u prolong MC sebab u dah tak comply dengan arahan Doc yg minta u untuk di induce hari tu" 

Dalam hati "what???"

Sy tak ikut arahan Doc utk di induced hari tu, so sebagai punishment sy tak boleh diberi MC? Adakah sy tak ada pilihan sendiri utk buat keputusan atau sy hanya perlu ikut je arahan tanpa refer pihak yg lain?

Sy minta MC sebab sy dah 40 weeks. Tak cukup risky ke untuk sy? Doc nak membahayakan keselamatan sy semata2 sebab Doc tahu sy tak pilih Naluri sebagai tempat utk bersalin? Macam tu? Dan mentang2 sy cakap sy nak bersalin di HUKM, Doc terus layan tak layan sy? 

Sempat lg Doc cakap dekat sy kan, kalau nak minta MC, minta dekat HUKM. Padahal sy dah terangkan pada Doc, yg Doc sebelum ni boleh je bagi sy MC sebab faham keadaan sy. 

So?? Sy dah tak rasa nak jejak kaki dah utk check up di Naluri. Biar lah hari ini jadi hari terakhir sy check up. Baby, please la keluar cepat. Dan kalau terpaksa check up sekali pun, sy lebih rela check di klinik biasa dan sy lebih rela menunggu lama di HUKM berbanding beri Doc duit yg banyak untuk check up yg bukan atas dasar kepentingan sendiri dan keuntungan.

*masih ada private clinic + hospital di luar sana yg bagus, tapi apa yg sy alami dah cukup buat sy serik biarpun ia kali pertama tapi cukuplah biar ia jadi yg terakhir* 

20 comments:

  1. Teruknye...
    pengalaman ly check up kat hukm even specialist hukm. Prof tetap pk keuntungan pelanggan. Contohnye bgtau nama ubat so that boleh beli kat luar lg murah. And, prof suruh turun tingkat 2 kalo nak besalin sbb private wing mahal. Kalo beranak ambil katil kat tingkat 2 which is gov wing tak perlu bayar bilik semua. Walaupun prof tu dr private wing. Tp semua dia fikir ttg keuntungan kite bukan keuntungan private wing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc yg mcm kt private wing tu contoh doc yg bagus dan lebih pentingkan patient. Even dia sendiri suggest mcm2 kan..ssh da nak jmp doc yg kerja dgn ikhlas dan nak menolong patient ni. Entah lah..rasa terkesan sangat dgn doc kat Naluri tu. Rasa mcm nak buat komplen je tp rasa nya no point. Terus lupa kan hasrat nak buat rawatan susulan baby lepas lahir kt sini.

      Delete
    2. doc2 kat hukm private yg sy review dr blog, kalau kita book private wings, and kalau kita ade prob ke ape, dia suggstkan kita turun wad biasa tp dia pantau.. sebab kos and etc..
      so now saya dh 30 weeks and check up kt private wings. memang rasa nk bersalin kt situ je

      Delete
    3. Nak Tanya, private wing boleh request female doc tak utk bersalin and checkup?

      Delete
    4. Ikut kekosongan doc...doc yg check kita adalah doc yg akan sambut baby jgk nanti.

      Delete
    5. Assalamualaikum Bunga Lily, boleh saya dpt kan nama prof tu x? thanks so much yer

      Delete
    6. Ms waney... Bunga lily buat treatment dgn prof zainol.

      Delete
  2. Thanks for such a helpful review! Saya dlm 20 minggu mcm tu, baru terfikir mcm nk pergi checkup dkt Naluri. Boleh tak nak tahu, ni doctor yg mana? Sbb rasanya dkt situ ada 2 org kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aliaa..awk buat la check up dgn dr syaheran kalau x silap nama dia. And klu rasa x nak bsalin dekat sana, jgn jujur sgt bgtau. Nanti dorang akan layanxlayan. And pls klu doc suggest wat itu ini dpt kan 2nd opinion dr hospital yg lain dl before proceed ok!

      Delete
    2. Hi..sy br je start check up kt naluri 2 mggu lpas..ade 2 org doc, zarina, shaheeran & jamaliah..tp sy bt dgn doc shaheeran sbb kwn2 yg recommend..alhamdulillah, baik sgt orgnye..ckp pn lembut je..skrg sy 30 weeks, tp dpt mc smpi deliver sebab placenta previa..sy pn recommend doc ni sbb die memahami..die ckp in case majikan ade masalah sy mc lama2 atau sy perlukn surat dr doc utk bg majikan, dia boleh sediakn dan sedia explain pd majikan ttg condition sy..even sy x warded tp kt mc die tulis admitted sbb die kata some employer ni fussy bab2 mc which is true in my case sbb mc sy 22 hari je sethn..mummygojez jmpe doc mane hari tu?share la..nk tau jg..as for aliaa klu ada kwn2 yg penag h naluri, dptkn jg opinion mereka

      Delete
    3. Sorry, typo..3 org..hehe

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Sy buat dgn Dr tu la...mmg baik. Dia pun bg sy mc lama sbb sy dah 40 minggu. Plus air ketuban kurang. Cuma yg x best bila sy cek up dgn doc lain plak lepas tu sbb doc yg biasa cuti. Terus banned doc tu tau..uhuk. pape pun dr shaheran mmg sgt baik

      Delete
  3. As'kum. Saya skrg tgh checkup naluri dr 1st month preggy. And mmg checkup dgn doc shaheera to. die mmg baik and senang nak bercakap. Even suami pn selesa nak tanya apa2. Tp baru2 ni pergi checkup emergency sb sakit sgt kt peranakan, time to dpt doc lain. Rasanya doc jamaliah tak sure tp still young. Bg salam pn xjawab senyum pn tak. Saya n suami susah nak comunicate ngn die. Ada saja yg tak kena dgn kite. Padahal dtg nak check sakit. Jadi bertambah sakit plak. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi
      Lain orang lain pengalamannya. Memang kalau boleh nak yg terbaik kan. Kita harapkan Doc dapat beri perkhidmatan yg memuaskan jela. Asalkan baby dan ibu selamat. hihi

      Delete
  4. Ikut pengalaman saya pun, doc kat ukmsc dia pun akan suggest contohnya nak ambik ubat kat hosp kerajaan sendiri ke x ataupun nk beli dari ukmsc (tp mahal sikit la).

    ReplyDelete
  5. awal2 thu pregnant pg naluri jgk sbb bledding tp xsure nama doc ape. tp service mcm xok sgt. nkvtnye lbeh2 pn mcm xbole je.doc siap nk gduh lg psal 1st last period. msuk2 je trus scan dri bwah. agk rushig xbez sgt. last xnk dh pg check up ctu. doc kalo x friendly sgt mmg xbez. nk plak utk 1st bby mmg nrvous whtever yg trjdi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its depends jugak kan..
      ramai yg kata bagus and ada jugak yg cons. Tapi for 2nd pregnancy ni sy memang tak buat dah check up dekat sana.

      Sy pilih untuk buat check up di Klinik Seri Indah pulak.

      Delete
  6. doc mana ye yg xok tu bole thu nama x sis?

    ReplyDelete