Tuesday 23 September 2014

Minum Air Gula? Relax je Uolsss!

Ok...title entry macam eksyen sangat kan! Hihi. Honestly dulu mcm confident sgt tak perlu nak minum air gula ni since family semua sihat belaka. So merasa la feeling2 terlepas azab air gula. 

TAPI!! Bila pergi check up Doc suruh buat glucose test pulak! Terus rasa nak pitam! Alkisah borang atas ni pun bertukar tangan. Tarikh test air gula sehari sebelum next check up. Rasa nya sebab berat naik 1.5 kg kot. Tapi tak puas ati kan, tanya la Doc tu. Kata nya sekarang ni umur 25 tahun ke atas WAJIB ye buat test air gula. WAJIB!!!! so ada history family diabetes ke tak ada ke bersedia la anda ye. Rasa nya semua pun tahu apa motif buat test air gula  ni. Just nak tahu kita ni ada potensi@menghidap GDM masa pregnant atau tak. GDM? Kencing manis la senang cerita..biasa la masa preggy byk penyakit hinggap2 ni org kata. 
Prosedur? Harus lah berpuasa ok start dari 12 malam sampai 8 pagi. Ada orang kata dalam tempoh berpuasa tu, boleh minum air. Tapi was2 sangat kan so puasa je la makan minum. Lagipun time sleeping kan. 

Esok nya, bangun pg2 semangat berkejar ke HUKM. Tapi tak beratur sbb terus ke Makmal C tempat buat test. So tak perlu nak ambil no segala. Tapi bila dah dekat Makmal C, ramai pulak orang yg nak buat test air gula. Terpaksa la ikut turn. Sorang2 nama kena panggil. Tiba my turn, ooo bukan terus minum air gula ye. Ambil darah dulu. Lepas ambil darah, staff nurse suruh ambil cawan yg dah di atur cantik je dekat tepi sinki. Mata ni sempat tengok sinki tu ye. Ada A4 paper tulis "TIADA AIR". Ok fine! Tu nak psiko ke apa? Sebab ada je terbaca org muntah masa minum air gula. Pastu mula terfikir kalau jap lg minum termuntah mana nak sua mulut ni? Ermmm..

Masa nak minum tu, ada la dalam 2 org tengah dok minum air gula. Sorang ni teguk sikit2. Sanggup ko kak teguk sikit2. Yela sebab org cakap minum air gula ni kena sekali teguk je. Kalau ter jeluek kang siapa susah? Ok! Baiklah, dekat tangan dah ada air gula(tak ter snap pulak gambar air gula). Tak terus minum ye. Tenung dulu air tu lelama. Rasa nak celup je jari dalam air gula tu. Nak tengok pekat mana. Boleh? Pandang kiri kanan dulu. Pandang luar (ada pulak yg tengah tengok gelagat aku.iskh). Ok, tengok lg air gula tu sambil telan air liur. Pas bc Bismillah, terus gulp gulp gulp tonggang sekali gus. Sempat lagi masa teguk tu dok cakap dlm hati "manis nya air ni.huhuhu". DONE!! terus bangun and buang cawan dengan berlagak nya sebab kakak yg dok minum seteguk2 tu tak habis lagi minum sampai staff nurse tu dok pandang muka dia. Hikhik
Lepas minum, staff nurse bg benda alah ni. Cer bayangkan sampai pukul 8 pg, habis minum 8.20 pg. Kena tunggu lagi 2 jam untuk ambil darah lg. So pukul 10.20 pg la kena p cucuk balik. Lapar ok. TAK BOLEH MAKAN!!! tahan la perut kat situ ye. Tepat 10.20 pg, terus p Makmal C ambil darah balik. So result? Tak boleh tahu on the day pun. Rasa-rasa?
KENA REPEAT TEST!!!! huwaaaaaaaa... Nangis kuat2! Sebab? Result border line. Ko ada? Actually normal. Tapi sipi2 nak ke border line kata Doc. So dia suruh buat lg test air gula tanpa segan silu. Sigh! Oo bukan setakat result air gula je yg nak ke border line, tapi...
Tu ha..tekanan darah pun sama. Bertambah stress lepas ni! Semua border line. Bab BP tu terus terang salahkan work stress. Bab gula, salah kan coklat Snickers. Tapi kan tapi kan tapi kan!!!! Cer tengok berat tu. Masa g timbang tu terbeliak mata atas penimbang! Dari 68.5 naik 72kg!! Ko biar betik!!!! Banyak nya naik! Terus berazam nak diet tak mo makan benda manis segala. Berat baby masa ni 500 g, berat mummy 72 kg. So feeling gajah sangat ketika ini. Sedeyyy...

Oh ye!!! Time check up ni, kite da tau gender baby. Agak2 baby girl ke boy? Cer teka..ihiksssss. Bye uolss!

No comments:

Post a Comment