Sunday 2 March 2014

Yoyoy Kamphora Spa

Perasaan ghairah nak memanjakan diri selain di manjakan suami (bhahaha) dah lama ada. Lagi-lagi bila selalu lah tengok Yoyoy Kamphora Spa ni buat promosi setiap bulan, which is affordable sangat price nya. 
Promosi untuk bulan February. Cuba tengok setiap pakej RM100 SAHAJA!!! (amek ko caps lock lagi)
Jejak je kaki kat spa ni, dijemput dengan alunan muzik ala Bali gitu. Ok bab nak pilih pakej mana, pening ok. Kunun nak buat Vitamin C facial treatment, tapi hati pulak menggedik nak buat lulur coklat tu. Memandangkan staff baya adik-adik tu dah suggest buat lulur cekelat, maka nya itu lah final nya. Siap tambah side order lagi tu, dah hubby top up lagi RM100 kan, so kita habis kan lah. hihi
lebih kurang cenggini la
Proses melulur tu di mulakan dengan scrub badan. Mybe tu lah boreh mask nya. Berdasarkan andaianku, dia gunakan garam. Staff tu pun agak kasar menyental badan ni. Tak padan dengan kecik. Bila agak kasar tu, terfikir jugak memang kena scrub kuat-kuat ke. Yela proses nak buang kulit mati ke kan. But its ok (tak berapa suka sebenarnya) Lepas tu baru lah boleh di lulur dengan coklat. Belakang badan di lulur dulu continue dengan bahagian depan. Ok ada kipas yang dipasang kuat dalam bilik tu ye untuk mengeringkan lulur tu. Sampai gigil badan menahan sejuk. huhu. Serius! 

Perubahan positif ? - Ada! Walaupun sakit kena sental, tapi boleh nampak kulit ni bersih sikit. Sebenarnya, scrubbing is part of my routine work dalam toilet. So nak nampak kesan ketara tu rasa macam tak ada sebab kulit mungkin dah bersih dari kulit mati dan daki. Tapi nampak lah segar kulit tu. Tak kering dan tak kusam. Mybe bertambah lagi cerah. Yup! cerah sikit. 

Lepas settle buat lulur cekelat, buat facial. Pilih normal facial aje. Proses facial biasa lah benda-benda yang basic just sebenarnya pilih nak buat facial untuk dia urut muka. Yang lain tak kisah sangat sebenarnya.

Lepas habis segala proses ni, minum satu cawan kecil air madu. 
So overall macam mana? Puas hati ke? 
Jawapan jujur > Tak berapa
 Kenapa? 

Lulur cekelat -- tak berapa suka dengan kekasaran scrub badan sebab tak semua org boleh tahan sakit. Walaupun proses bagi kesan positif pada kulit (lebih glowing, bersih dan nampak segar), rasa nya boleh kurangkan sikit pressure. Lagipun, masa isi form, dah tick kat box prefer medium pressure dekat body. Not hard. 

Facial --  rasanya boleh buat facial lagi details sebab yang di buat ni macam ala-ala kadar je. Sebenarnya masih mencari spa yang boleh mengurut muka ala-ala urutan Bali atau Indonesia. 

Rasanya akan datang lagi kalau ada promosi je. Nak jadi kan favourite spa mungkin tak. Sebab tak menepati citarasa. Apa-apa pun lulur coklat tu memang bagi perubahan dekat kulit. Lepas ni boleh buat sendiri je. 

Kalau korang rasa ada tempat menarik untuk spa, bolehlah bagi idea. Mana tahu nanti boleh lah terjah!

No comments:

Post a Comment