Sunday 2 March 2014

Ikan Masak Paprik !

 Hari ni kita main masak-masak !
Dulu masa di office lama, kalau waktu lunch, mesti order nasi putih paprik.
Sedap sangat paprik dia sampai tak jemu. Bila owner kedai tu pindah, tak dapat dah merasa. Sampai sanggup mencari new shop kedai tu just untuk makan paprik dia. Sampai macam tu sekali gelojoh nye kan!

Hari ni baru tahu betapa senang nya buat paprik. Tutup mata goyang badan pun boleh buat uolss. So hari ni, kasik can sama saya share resepi. Kot-kot ada yang tengah mencari resepi ni ke kan. Ok so i will share bahan-bahan dan cara memasak sekali gus ye -

Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, dan cili padi. I prefer tumbuk dan hiris. Lagi banyak bawang lagi sedap masakan.
 Tumis bahan-bahan tumbuk tadi sampai naik bau. Biar bawang-bawang tu layu sikit. Tumis dalam 5 minit.
Seterusnya masuk kan sos tiram, sos tomato & sos cili, kacau sehingga sebati. Anggaran kuantiti semua sos ni ikutlah banyak mana ikan/ayam/sotong/udang yang korang nak masak. Masuk kan sedikit air supaya paprik berkuah. Dalam masa yang sama, masuk kan hirisan daun limau purut. Paprik ni sedap kalau masuk daun limau purut banyak-banyak. Masuk kan ajinamoto dan garam secukup rasa. Lepas tu kacau sampai mendidih. Kalau nak kuah pekat masuk kan tepung jagung.
Masuk kan sayur-sayuran; putik jagung, carrot, apa-apa je sayur yang korang suka. Since dapur just ada kacang buncis + tomato, so pakai yang ada jela. Bawang besar tu untuk hiris dan masuk dekat step terakhir.
Agak-agak dah sebati, masuk kan ikan yang dah digoreng dulu. Balik-balik kan ikan. Tak perlu lama-lama sebab ikan dah dogreng garing. Akhir sekali masuk kan hirisan bawang besar. Nak lagi nampak menarik masuk kan daun bawang.
SIAP!!

Makan dengan nasi panas mesti sedap!

No comments:

Post a Comment