Wednesday 1 January 2014

2014 - Will I Feel That Joy ?

Adakah tahun baru 2014 akan memberi sejuta kemanisan?
Barangkali teman-teman menyambut tahun baru bertemankan suami dan anak-anak. Tapi me myself celebrate the new year without my husband, without his wishes. Mula lah rasa nak sensitif. This is normal. I believed semua pernah merasai nya


Bila bersendirian tanpa di temani sesiapa then mula perasaan sunyi tu muncul. Bahagia apabila membayangkan di kiri dan kanan ada anak-anak yg sedang bergelak tawa. Mula membayangkan anak-anak bergurau senda. Dan mula terfikir kan alangkah indah nya kalau rumah ni dipenuhi dengan tangis, tawa anak-anak yg ramai daripada duduk berseorangan begini. 

Melihatkan kawan-kawan silih berganti menyambut kelahiran zuriat membuatkan hati lagi sayu. Terhiris sedikit. Setiap kali wajah bayi hinggap di mata, hati mesti akan berbisik bila agaknya waktu untuk merasai pengalaman sebegitu. Tapi tak ada siapa mampu menjawab. 

Aku amat berharap agar tahun 2014, akan memberi aku dan kawan-kawan yg masih berjuang kekuatan yg lebih untuk terus menuntut rasa sabar dalam diri. Setiap kebahagian yg datang Allah tak akan turun kan percuma tanpa sebarang ujian kan? 

-AKU CUBA LAGI TAHUN NI-

2 comments:

  1. InshaAllah, ada hikmah tersembunyi Allah belum kurniakan rezeki anak lagi... Smg 2014 membawa berita gembira utk kita semua :-)

    ReplyDelete