Thursday, 1 August 2013

Body Basal Temperature - BBT

Erm..aku suka untuk sharing knowledge yang aku tahu dan yang aku lalui. Even, sebelum aku decide nak start blogging, aku tahu mungkin it's hard to find followers, tapi aku tak kisah, sebab aku menulis untuk suka-suka and I felt really guilty kalau aku tak cuba untuk membantu kawan-kawan yang mungkin senasib dengan aku...

Ok..itu mukadimah untuk entri kali ini.hehe

Entri kali ini, mungkin akan panjang dan meleret. Pernah dengar pasal BBT? Aku start conceive secara serius bulan August 2012. And this time, aku mula pelbagai kan kaedah yang mungkin boleh membantu aku untuk dapatkan baby. And of them is by using kaedah BBT.

Nak start guna kaedah ini tak susah tapi mungkin nak memahami pada peringkat awal itu mungkin payah. Secara kesimpulan, ini yang perlu anda buat for the first time >

What you need to have?
1. Termometer
    - 1 titik perpuluhan @ 2 titik perpuluhan tak kisah. Tapi kalau beli yang 2 titik perpuluhan lebih best. Boleh cari di Guardian atau mana-mana farmasi

2. Akaun Fertility Friend
    - register akaun FF ini sebab anda akan charting suhu di sini.
 Website > http://www.fertilityfriend.com

Atas = 1 titik perpuluhan / Bawah = 2 titik perpuluhan
First step charting

Ini lah basic view akaun FF. Just klik pada tarikh calendar dan masuk kan data macam di atas.
Temperature > masuk kan suhu.
Time > masuk kan masa. Kalau ambil suhu terawal 30 minit, dekat chart akan keluar dotted putih. Menunjukkan yang kita ini ambil suhu awal @ lewat. Result tak berapa nak accurate.
Cervical Fluid > agak-agak dekat tut ada rasa macam basah-basah tak? if yes, masuk kan data
Intercourse > kalau ada bersama, masuk kan data.

Ok...macam mana nak faham BBT chart? Dari chart kita boleh tahu samada badan kita O, tak O, ada masalah hormon etc. Kita mula dengan chart yang cantik. And yes, these is my BBT chart.

Ovulate but end with period
Kalau tengok pada graf, O berlaku pada CD17, which is the red crossing line appeared. Ada perubahan suhu yang jelas sebab pada CD17, suhu tiba-tiba naik mendadak dan kekal tinggi. Bila ada perubahan suhu yang macam ni, ini lah yang kita panggil biphasic pattern. Bila suhu makin turun dan turun, that is signal yang kita akan period tak lama lagi.

Anovulatary
Graf atas tak ada biphasic pattern, suhu tetap sama dan mendatar. Membawa maksud tak berlaku ovulasi pada cycle. Yes, i kept think again kenapa lah tak O cycle ini. Frust betul. Masa cycle ni, aku consumed EPO dan susu kambing. Dan berurut for the first time dalam hidup. huhu..Suhu ke laut mungkin sebab gabungan EPO+susu kambing yang terlalu panas. Atau! Macam Dr cakap, aku tak berjaya hasilkan telur yang matang. Honestly, sepanjang BBT, sangat susah untuk aku jumpa graf yang betul-betul cantik. Kebanyakan nya suhu lepas waktu O rendah..ermmm

Pregnant
Tak pernah merasai graf pregnant, tapi In Shaa Allah akan merasai. AMIN. Dalam graf, bila kita dapat detect pregnancy, line akan berubah jadi warna hijau. Pregnancy boleh didetect seawal mungkin ikut kadar HCG dalam badan seseorang. Tapi selalu nya kita di advise tunggu sampai Day Past Ovulation (DPO16).

Waktu Bersama
Lupa nak cerita, macam mana graf BBT boleh tolong kita conceive. Selalunya bila keyed in suhu setiap hari, akan ada satu hari yang mana suhu kita menjunam jatuh dan rendah. So bila suhu yang rendah itu bermaksud dah nak mengahmpiri waktu O. Dan masa itulah kita di nasihat kan untuk bersama atau BD (body dancing). Selain kita monitor by graf, kita boleh monitor waktu ke arah subur gunakan kaedah melihat Cervical Fluid (cairan yang keluar dari anggota sulit) dan OPK (Ovulation Predicted Kit). I will make an entry for these two topics soon.

Hormon Estrogen dan Progesterone
Just nak share. Sebelum waktu O, suhu kita akan rendah kerana hormon estrogen mengambil alih dan menguasai badan dan selepas waktu O yang mana perubahan suhu meningkat dengan mendadak, hormon protgesteron pula akan mengambil alih. Hormon progesteron ini penting untuk membantu badan menyokong kehamilan. And as i said in previous post, progesteron akan meningkat lebih tinggi sewaktu mengandung. Jika terjadi keguguran, progesterone akan menurun seperti sedia kala.

Soalan cepu cemas
1. Bila boleh mula charting - seeloknya ketika period sebab lebih tepat chart untuk predict waktu O.
2. Bila waktu untuk ambil suhu - sebaik sahaja bangun dari tidur tanpa lakukan apa-apa gerakan ye. Celik mata, capai termo, masuk mulut. Bila terlalu banyak pergerakan, nanti akan beri kesan pada suhu tau.
3. Jika ter ambil suhu awal dari pada biasa, apa boleh saya buat - Boleh gunakan BBT adjuster. Tapi tak digalakkan gunakan adjuster selalu sebab menyukarkan FF untuk predict waktu O.
This is the link >  http://www.whenmybaby.com/basalbodytemperature.php

11 comments:

  1. bagusnya entry ni. sblm ni saya susah nak paham BBT tu mcm mana. and the blog title...it will change one day, insha allah

    btw, boleh exchange link?
    www.beautecology.com

    ReplyDelete
  2. Sebab blog awak la, saya follow all the steps yg awak buat. Cuma saya nk tanya, BD kt BBT chart awak, leh katakan everyday sblm OV. OK je kan..sebab sebelum ni saya buat selang sehari x lekat. Tengok BBT chart awak, mcm everyday je BD..hehehe..no harm to try everyday kannnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BD tiap ari tp x tepat pun..kihkih. boleh nak BD tiap ari ia tetap bergantung dekat sperma dan plg penting bila telur matang tu keluar..yg penting skg ni, kite kne pandai teka bila telo kita matang @ bila waktu yg sebetulnya kita subur. Bila nak tau hari subur, awk boleh monitor pakai bbt dan jugak OPK strips tu. Selain tu jgn lp monitor cervical mucus tau! Tq jadikan blog sy panduan

      Delete
    2. For the past 3 months, saya tau bila saya OV dengan cara BBT dan OPK...tp timing BD tu je yg spoil. Husb outstation la..kadang2, saya yg outstation..this month pun sama, husb outstation. Next month, tarikh saya OV, saya pulak ada training 2 hari. Sememangnya Allah dah atur, belum masanya. Yg pastinya bulan 12, In Shaa Allah dua2 ada..ikut BBT harini DPO12, temperature dah mula turun sejak 2 hari lepas..saya jangka lg 2 hari saya period. Mmg blog awak banyak membantu. Sblm ni, saya hanya OPK..tp OPK leh salah interprate plak, esp kalau minum banyak air sblm test. Betul cakap awak, bila kita buat semua ni, utk TTC, kita dpt kenal badan sendiri, dan bila dapat baby nanti, kita lebih menghargai betapa susahnya dapat baby..Thanls again ya

      Delete
    3. Suke nye sy dgr bila awk da tahu mcm mana nk detect ari subur..awk antara yg bertuah tau sbb sy rasa awk ada cycle yg ngam2 je x de panjang berjela. Mcm sy dl cycle period mmg xpenah ok. Lg perlu byk bsabar. Nnt boleh lah awk pjg kan ilmu dekat kwn yg lain jugak. Sy doa kan awk dimurahkan rezeki & diberi peluang 9 bulan dlm ms tdekat. Moga Allah merahmati awk. Amin

      Delete
    4. Range saya 30-35 CD..sebab blog awak la, saya banyak belajar...mula dari merangkak mengira je waktu OV, then saya tgk x leh percaya dari pengiraan. Then google, jumpa blog awak.. saya follow step awak, guna BBT and OPK..saya dapat kesan bila OV utk 3 bln yg lepas. So no need jumpa Doc utk clomid, sb dh leh detect OV. Cuma wrong timing je...uhuhuh..cervical fluid, saya tak pandai...hahaha...sebab terus cuci sblm sempat tengok...hahaha...anyway thanks a lot. Allah saja yg dapat membalas segala jasa baik awak yg dicurahkan untuk membantu org lain, untuk mendapat zuriat..In Shaa Allah, tak sabar untuk saya mengandung buat kali ke2..

      FYI, saya gugur Oct 2013, dan Jan 2014..then saya amek cucuk depo utk rest kan rahim n jarakkan kelahiran dalam 3 bln..lepas tu terus ting tong hormon saya..

      Delete
    5. Xpe..slowly ok. Nak dpt zuriat bukan mudah. Sekali usaha je lekat..kena byk kan sabar dan usaha even kne buang masa duit dan segala..yg penting jgn pts asa..kalau x faham jgn segan btanya. GOOD LUCK OK!

      Delete
  3. Assalamualaikum..saya masih baru dalam penggunaan BBT ni.masih tak faham cross line merah tu akan appear automatik ke base on suhu yg kita key in sahaja ke ?saya baru dalam keep track suhu bulan lepas.pastu pelik kenapa xde cross line merah tu?boleh bg info skit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cross line akan appear automatik bdasrkan kepada suhu yg kita keyed in. Selagi sistem x nampak akan kenaikan suhu kita yg konsisten, selagi itu cross line merah x akan appear di chart.

      Delete
    2. owh maksudnya kalau xde line merah tu , maknanya xde berlaku ovulation ke pada cycle?

      Delete
    3. Iye..secara ringkasnya begitula maksudnya.

      Delete